Tuesday, 16 July 2013

  • Sahabat sejati adalah orang-orang yang dapat berkata-kata benar denganmu, dan bukan orang-orang yang dapat membenarkan kata-katanmu.
  • Teman-teman kita kasihi daripada keluarga dan anak-anak kita,kerana keluarga mengingatkan kita kepada dunia dan teman-teman mengingatkan kita pada akhirat.
  • Uji sahabatmu dengan kepapaan atau kesusahan kamu.
  • Kekayaan menarik sahabat-sahabatmu.,kemiskinan menjadi penolaknya.
  • Bersahabat dengan orang jahat itu ibarat berperahu di laut.Sungguhpun kita selamat daripada tenggelam tetapi kita tidak terlepas daripada rasa takut.
  • Sahabat sering menjadi musuh.Oleh itu berhati-hatilah memilih sahabat.
  • Bermusuh dengan orang yang berakal lebih ringan daripada bersahabat dengan orang bodoh.
  • Apabila datang kesusahan dan kepayahan,di situlah nyata kawan dan lawan.
  • Bersahabatlah dengan hatimu terlebih dahulu daripada bersahabat dengan orang lain.
  • Pengubat jerih manusia adalah dua keutamaan,pertama iman kepada Allah,kedua percaya kepada sahabat.
  • Supaya engkau beroleh sahabat ,hendaklah diri engkau sendiri sanggup menyempurnakan menjadi sahabat orang.
  • Sahabatmu suka kepadamu,tetapi tidaklah setiap orang yang suka kepadamu itu sahabatmu.
  • Bila orang merasa dirinya besar,dia lupa akan salahnya,hanya sahabat yang setia sanggup membuka matanya.

No comments:

Post a Comment