Thursday, 5 September 2013

Klu korang nk cerita psal kwn2 korang ke, klu nk kongsikan masalah korang dgn kwn ke.... Boleh je... Sye sudi membaca...

SALAM PERKENALAN...

Assalmualaikum....Ouhhhh..... saya lupa nk kenalkan diri.... Nk thu nme sye????Jeng...jeng....jeng.... Nme sye simple je iaitu Ani Afiqah..... Simple tp, sedap kn nme tu??? Hehehe... Mak ngn abah sye yg bgi... Umur sye?? Umur sye bru 13 thun.... muda lg kn nk tulis blog... Sye sekolah di SMK(A) Durian Guling.... Sye msih rndukn sekolah rndah, dn kwn2 lme sye.... Sye dilahirkan di Hospital Machang, Kelantan .... Lahir je kt Kelantan, tp ddk nye di Terengganu.... Tarikh lahir pada 12 Disember..... So, jgn lpe wish & bg hadiah tau...sye tnggu.... (gurau je....tp, klu nk bgi btul2, ok...xpe... sye trima).... Sye tnggal di Wakaf Tapai, Marang, Terengganu.... Klu ad free, dtg lh... kedatangan anda dialu-alukan.... Hehehe... Okey, sye rse setakat ini dulu yang saya boleh coretkan .... 


SALAM PERKENALAN SEMUA!!!!! :)


Perbezaan Sahabat dan kawan.



Orang kata kawan dan sahabat adalah dua perkara yang berbeza. 

Kawan senang dicari tetapi tidak sahabat. Kita boleh berkawan dengan 

sesiapa sahaja yang kita suka dan memiliki seberapa ramai kawan 

yang kita mahu. 

Namun sahabat hanyalah untuk orang tertentu sahaja. Sahabat lebih 

akrab hubungannya. Susah senang segalanya boleh dikongsi bersama. 

Dan kerana itulah kita sering mendengar kata-kata seperti ini; “waktu 

kita senang, ramai kawan yang menghampiri, tetapi waktu kita susah 

ramai kawan yang lari’. dan “kawan ketawa senang dicari, kawan 

menangis susah dicari”

Aku Teman"Mu& Kau Sahabat"Ku..

"sesungguhnya seorng muslim itu,apabila dia berjalan jalan da'wah, dia tdk berjalan dngan hatinya sahaja.bahkan dbawa bersama hati saudaranya. justeru, setiap pahala yang di dapati sepanjang perjalananya pasti akn terbias buat saudara seperjuangannya"-sheikh mustafa masyur

KAWAN-KAWAN, HARGAILAH SAHABAT ANDA!!!!!!







Wednesday, 17 July 2013

Semua orang pasti membutuhkan sahabat sejati, namun tidak semua orang berhasil mendapatkannya. Banyak pula orang yang telah menikmati indahnya persahabatan, namun ada juga yang begitu hancur karena dikhianati sahabatnya.

Tuesday, 16 July 2013

  • Sahabat sejati adalah orang-orang yang dapat berkata-kata benar denganmu, dan bukan orang-orang yang dapat membenarkan kata-katanmu.
  • Teman-teman kita kasihi daripada keluarga dan anak-anak kita,kerana keluarga mengingatkan kita kepada dunia dan teman-teman mengingatkan kita pada akhirat.
  • Uji sahabatmu dengan kepapaan atau kesusahan kamu.
  • Kekayaan menarik sahabat-sahabatmu.,kemiskinan menjadi penolaknya.
  • Bersahabat dengan orang jahat itu ibarat berperahu di laut.Sungguhpun kita selamat daripada tenggelam tetapi kita tidak terlepas daripada rasa takut.
  • Sahabat sering menjadi musuh.Oleh itu berhati-hatilah memilih sahabat.
  • Bermusuh dengan orang yang berakal lebih ringan daripada bersahabat dengan orang bodoh.
  • Apabila datang kesusahan dan kepayahan,di situlah nyata kawan dan lawan.
  • Bersahabatlah dengan hatimu terlebih dahulu daripada bersahabat dengan orang lain.
  • Pengubat jerih manusia adalah dua keutamaan,pertama iman kepada Allah,kedua percaya kepada sahabat.
  • Supaya engkau beroleh sahabat ,hendaklah diri engkau sendiri sanggup menyempurnakan menjadi sahabat orang.
  • Sahabatmu suka kepadamu,tetapi tidaklah setiap orang yang suka kepadamu itu sahabatmu.
  • Bila orang merasa dirinya besar,dia lupa akan salahnya,hanya sahabat yang setia sanggup membuka matanya.
  • Kalau engkau ramai sahabat bersyukurlah!Lantaran ramai orang yang menghargai dan memperhatikan engkau,tandanya harga dirimu mahal dan timbangannya berat.
  • Persahabatan adalah perisai bagi segala bencana dan segala peristiwa yang terjadi pada setiap zaman.
  • Manusia yang paling lemah ialah oarang yang tidak sanggup mencari teman dan paling lemah daripada itu ialah orang yang mensia-siakan teman yang diperolehinya.
  • Barang siapa mengkhendaki daripada sahabatnya apa yang tidak dikehendakinya,maka seseungguhnya ia telah berbuat zalim kepadanya.Barang siapa mengkhendaki daripada sahabatnya seperti apa yang dikehendakinya,sesungguhnya ia telah mendatangkan kepayahan kepadanya.Barang siapa tidak mengkhendaki apa-apa daripada sahabatnya,seseungguhnya ia berbuat keutamaan kepadanya.
  • Sebaik-baik sahabat ialah yang elok dalam perangai dan budi pekerti.
  • Jangan basuh mangkuk persahabatan dengan cuka.
  • Apabila temanmu berubah dan bertukar keadaannya,jangan engkau tinggalkan dia,kerana sekali ia membengkok dan sekali ia melurus.
  • Sendirian lebih baik daripada mengambil teman duduk dengan orang jahat, dan teman duduk orang baik adalah lebih baik daripada sendirian.
  • Apabila engakau ingin mengambil seseorang menjadi teman,maka buatlah dia dia supaya marah kemudian suruh orang bertanya kepadanya tentang dirimu dan rahsiamu.Sekiranya ia mengatakan yang baik dan menyembunyikan rahsiamu,maka ambillah dia menjadi sahabat.